Posts

Review Novel: Meremang

Image
Novel: Meremang karya Ninie Othman Salam sejahtera. Petang ni macam nak buat review novel pula. Ini berdasarkan saya sendiri yang juga sudah lama menceburi bidang penulisan novel sejak zaman sekolah menengah lagi. Zaman sekolah rendah pun dah mula menulis cuma lebih kepada cerita pendek atau cerpen dan sedikit puisi. Dua karya saya pernah juga tersiar di surat khabar, satu cerpen dan satu puisi. Tapi, novel yang saya buat, tak pernah diterbitkan lagi sebab masa tu tak ada komputer. Ada komputer pula, tak ada perisian Microsoft Words dan bila dah ada semua tu, tak ada masa pula. Sibuk bekerja dan sebagainya. Sebelum masuk tahun baru 2019 ni, saya menulis kembali. Merancang untuk dihantar pada penerbit, Insya-Allah. Moga dipermudahkan. Meremang Genre novel kegemaran saya lebih kepada seram dan thriller. Saya tak berapa minat dengan novel cinta-cinta atau kahwin paksa. Dulu-dulu memang minat saya tapi seiring dengan usia novel seperti itu lebih kepada bacaan kosong. Saya memerl

Cerita Tentang Gadis Free Hair

Salam Hari Raya yang ke-4! Alhamdulillah. Dari artikel saya yang lalu tentang annual dinner, saya memang tidak menghadirinya langsung meskipun ada kawan perempuan saya yang beriya-iya nak ajak dengan keretanya. Saya tetap tak nak pergi. Nanti dekat sana, kena pula bergaul dengan semua orang termasuk lelaki. Saya tahu, kat tempat kerja kan biasa bergaul dengan lelaki bila perlukan bantuan. Nak panjat ke, angkat barang berat ke apa. At least kat tempat kerja, darurat. Ni pun saya fikir tak lama dah saya kerja kat situ. Saya juga terselamat daripada terpaksa membayar penalti sebanyak RM50 itu! Dia siapa nak paksa saya hadiri annual dinner yang jauh dari rumah tu? Kalau saya bawa mahram saya pun, kena bayar untuk dia pula. Lebih baik duit tu saya belanja adik makan kat mana-mana. Lagi jimat kot. Belanja satu family pun lepas. Hish, dunia sekarang ni macam-macamlah kan? Sambutan Hari Raya Okeylah. Raya kali ni saya beli dua pasang baju. Tapi rasa macam membazir pula sebab saya tak j

Perempuan Melayu Terakhir vs Cinderella

Image
Saya sebenarnya sudah terbiasa menjalankan kehidupan sebagai seorang gadis yang patuh pada ayahnya. Dalam keluarga, boleh dikatakan, saya yang paling rapat dengan ayah berbanding adik lelaki saya yang bongsu. Rasanya kalau boleh pergi sembahyang Jumaat dengan ayah, memang selalu saya pergi kot, hehe. Berjalan dengan ayah, banyak info yang saya dapat tentang pengalamannya dalam hidup. Banyak nasihat berguna yang dikongsikan. Ayah saya pula jenis, kalau dah mula bercakap, dia akan terus bercakap, berkongsi pandangannya tentang apa yang dia tahu. Macam anak perempuannya ini juga. Ada logiknya apa yang dia kongsikan dan cara dia membentuk saya dari kecil sampai besar, tidak seperti kebanyakan ayah yang lain. Dia tidak memaksa. Cara teguran dan nasihatnya halus. Dia seperti, "kalau kau sayang ayah, kau buatlah macam ni dan kau jangan buat yang tu". Dah tentu saya sayang ayah sebab dia satu-satunya ayah di dunia ni yang tak seperti dalam drama Melayu, tak pernah cuba menyakiti sa

Minat Abah

Image
Pagi ni macam biasa, abah akan hantar sambil dia ke tempat kerja. Tak ada apa-apa yang pelik pun, macam selalu juga. Then,  bila kami melintasi sebuah kereta yang diparkirkan berhampiran, dia tetiba cakap macam ni. “Suka warna tu.” Lebih kurang macam tulah. Aku hairan. Sebab selalunya abah aku ni diam je. Tak banyak cakap. Dia cuma banyak bercakap bila tengah marah atau tension dengan pemandu yang cetek otak kat jalan raya. Aku pelik. Aku tanya dia. “Warna apa? Kereta biru tu?” Sebab aku nampak kereta biru yang terparkir tu antara yang paling menyerlah. Hish, takkan kot dia minat dengan kaler tu. Aku berdebar tetiba. Bukan hari tu dia pilih kaler gold ke untuk kereta adik aku? Sanggup dia habiskan dalam RM3,000 tu untuk cat gold tersebut. Baru cantik sikit kaler tu. Abah suka tengok. Huhu. Abah iyakan. Hah? Dia minat kereta kaler biru tu? Habislah. Haha. Abah, crush anakanda-mu ini juga keretanya kaler biru. Kenapa tetiba meluahkan minat pada kereta kal

Paradigm Mall, Johor Bahru

Image
Cuti jadi saja-saja jalan-jalan pergi mall yang baru dibuka, Paradigm Mall. Khabarnya, dulu Kemayan City, Kemayan City yang banyak menyimpan pelbagai kisah misteri. Boleh baca  disini.   Entahlah macam mana dia boleh buka Paradigm Mall dalam Kemayan City. Apa-apa pun, first masuk sini, dah rasa lain macam, tempat parkir. Jalannya berpusing-pusing untuk naik ke tingkat atas, tingkat 6 dan 7. Bila malam, memang gelap sikit. Sunyi. Tempat parkir aras 6 Mungkin disebabkan jalan ke tingkat atas parkir tu berpusing-pusing membuatkan saya rasa macam tak stabil sekejap bila masuk saja mall buat pertama kali. (tapi selalunya tak macam tu) Rasa macam melayang-layang nak jatuh tapi saya sihat-sihat saja. Tak rasa pening atau sakit kat mana-mana. Memang perasaan melayang-layang tu sungguh annoying. Nasib baiklah sekejap aje. Lepas tu, dah okey dah. Memang pengalaman ke Paradigm Mall mungkin agak pelik sikit. Driver saya hampir sesat, boleh tersasar sampai ke simpang untuk ke Ulu Cho

IKEA Tebrau City

Image
16 November 2017, hari pertama IKEA dibuka dan pertama di Johor Bahru. Bangunan IKEA berhadapan dengan Jusco Tebrau City dan INDEX Living Mall. Dulu kawasan tu tanah lapang ja. Teringat tahun 2006 - 2013. Memang terbiar saja. Perlahan-lahan Tebrau City membangun. Lengkap semua ada dan sekarang IKEA pula. Kalau dari City Square akan ambil masa kira-kira 40 minit hingga 1 jam untuk ke sini. Suasana entrance tingkat atas IKEA Dekat sini, bolehlah dapatkan shopping bag warna kuning daripada staff yang bertugas. Tapi lepas habis shopping, shopping beg tu kena pulangkan balik kat sini. Shopping beg yang lebih kecil warna biru boleh dibeli dengan harga RM1.50 satu. Bahagian atas sebelah kanan tu bolehlah buat kad keahlian percuma. Boleh minta tolong staff atau kalau mahir menggunakan komputer boleh buat sendiri. Lepas tu, kad akan di-print. Temporary Member Card Kena shopping RM200 ke atas untuk tukar kad kepada 'permanent' dalam masa setahun daripada tarikh mula keahli

Paranoid

Image
Pendiam Saya ni kalau dah mula bercakap, jangan haraplah boleh berhenti, bercakap ja macam esok tiada lagi. Haha. But if you are new to me , you may see I'm that silent type of girl . Saya hanya bercakap bila perlu atau memang tak akan bercakap langsung. Mostly smile je so people tak cakap saya ni sombong. But memanglah. Orang pendiam ni akan selalu dituduh sombong. Huhu. Padahal, si pendiam ni terlalu berhati-hati dalam berkata-kata dan dengan orang tertentu yang mahu mendengar. Mereka ini sebenarnya takut dikecewakan atau end up with no one can understand them . Orang pendiam ni juga teliti sebenarnya dalam sesuatu perkara termasuklah dalam relationship. Dia akan diam-diam dulu sampai semua tu menjadi betul-betul pasti. Sebab tu walaupun ramai yang cuba dok tackle, dia buat tak tahu dulu. Kena perhatikan dulu that person tu macam mana. Okey ke idok. And what most importantly is, bolehkah dia menjadi pendengar yang setia? Yalah, lelaki sekarang ni banyak yang suka talk and l