Cuti jadi saja-saja jalan-jalan pergi mall yang baru dibuka, Paradigm Mall. Khabarnya, dulu Kemayan City, Kemayan City yang banyak menyimpan pelbagai kisah misteri. Boleh baca
disini. Entahlah macam mana dia boleh buka Paradigm Mall dalam Kemayan City. Apa-apa pun, first masuk sini, dah rasa lain macam, tempat parkir. Jalannya berpusing-pusing untuk naik ke tingkat atas, tingkat 6 dan 7. Bila malam, memang gelap sikit. Sunyi.
|
Tempat parkir aras 6 |
Mungkin disebabkan jalan ke tingkat atas parkir tu berpusing-pusing membuatkan saya rasa macam tak stabil sekejap bila masuk saja mall buat pertama kali. (tapi selalunya tak macam tu) Rasa macam melayang-layang nak jatuh tapi saya sihat-sihat saja. Tak rasa pening atau sakit kat mana-mana. Memang perasaan melayang-layang tu sungguh annoying. Nasib baiklah sekejap aje. Lepas tu, dah okey dah.
Memang pengalaman ke Paradigm Mall mungkin agak pelik sikit. Driver saya hampir sesat, boleh tersasar sampai ke simpang untuk ke Ulu Choh/Gelang Patah. Padahal, diorang dah pergi semalam. Tak sesat pulak sebab terfikir nak buka GPS. Sampai saja lebih kurang pukul 5 petang. Bazir masa kat situ. Sebenarnya, saya tak mahu berada kat sana sampai Maghrib. Tapi, dah terlajak masa. Lepas Maghrib juga baru dapat balik.
|
Paradigm Mall |
Dalam mall tu memang suasananya berbeza dengan masa saya ke Aeon Bandar Dato' Onn atau IKEA. Rasa macam asing sangat kat dalam tu. Entahlah. Perasaan saja, kot. Yalah, dah dengar macam-macam cerita yang kat situ. Saya nampak ada pintu yang menghala ke lorong gelap bersebelahan dengan tandas. Tak sepenuhnya siap dan ada kedai-kedai yang masih belum dibuka.
|
HomePro: Basement, aras paling bawah |
Rasanya kalau saya nak ke Paradigm Mall lagi pun, sebab saya nak pergi HomePro. Kalau nak ke kedai baju macam H&M ke, Parkson ke, kat Aeon dan Komtar pun boleh. Orang pun tak ramai masa hari Rabu. Ada tandas yang masih dalam proses renovate. Saya masuk dalam tandas yang diletakkan penghalang warna merah. Saya tak pasti sangat sebab memang nak ke tandas sangat. So, saya masuk. Sunyi. Nampak ada pintu-pintu yang bertanda merah or occupied. Saya jenguk bawah tu, tak nampak kaki tapi kenapa berkunci? Tetiba rasa tak sedap hati. Tak jadi nak gunakan tandas kat situ. Huhu. But so far, semuanya okey-okey saja cuma macam kurang meriah sikit. Entahlah. Itu apa yang saya boleh katakan.
Comments
Post a Comment