16 November 2017, hari pertama IKEA dibuka dan pertama di Johor Bahru. Bangunan IKEA berhadapan dengan Jusco Tebrau City dan INDEX Living Mall. Dulu kawasan tu tanah lapang ja. Teringat tahun 2006 - 2013. Memang terbiar saja. Perlahan-lahan Tebrau City membangun. Lengkap semua ada dan sekarang IKEA pula.
Kalau dari City Square akan ambil masa kira-kira 40 minit hingga 1 jam untuk ke sini.
|
Suasana entrance tingkat atas IKEA |
Dekat sini, bolehlah dapatkan shopping bag warna kuning daripada staff yang bertugas. Tapi lepas habis shopping, shopping beg tu kena pulangkan balik kat sini. Shopping beg yang lebih kecil warna biru boleh dibeli dengan harga RM1.50 satu. Bahagian atas sebelah kanan tu bolehlah buat kad keahlian percuma. Boleh minta tolong staff atau kalau mahir menggunakan komputer boleh buat sendiri. Lepas tu, kad akan di-print.
|
Temporary Member Card |
Kena shopping RM200 ke atas untuk tukar kad kepada 'permanent' dalam masa setahun daripada tarikh mula keahlian. Hmm, rasanya tak sampai setahun kot boleh capai RM200 tu. Masuk sahaja dalam showroom, dah terbayang-bayang dalam kepala nak deko bilik tidur sendiri. Harga pun berpatutan. Ada banyak pilihan
bedframe. Tilam pelbagai jenis dan saiz. Lampu meja dan siling. Meja kerja dan kerusi pejabat. Tak sabar rasanya nak mula mendekorasi.
|
Suasana kafe dalam IKEA |
Sambil shopping tu, bolehlah singgah kafe dalam IKEA ni. Semua makanan halal dan ala Swedish. Setakat ni saya cuma mencuba aiskrim kon (RM0.80) dan roti sosej (RM2.00). Boleh beli cawan kertas dari kaunter (RM2.00) untuk minuman kopi dan jus buah-buahan yang terletak berasingan dari kaunter, layan diri. Meja dan kerusi disediakan tapi sangat terhad. Mungkin sebab terlalu ramai.
Keseluruhannya, memang best-lah dapat datang sini. Lebih banyak pilihan untuk home furnishing.
Comments
Post a Comment