Cerita Tentang Gadis Free Hair
Salam Hari Raya yang ke-4!
Alhamdulillah. Dari artikel saya yang lalu tentang annual dinner, saya memang tidak menghadirinya langsung meskipun ada kawan perempuan saya yang beriya-iya nak ajak dengan keretanya. Saya tetap tak nak pergi. Nanti dekat sana, kena pula bergaul dengan semua orang termasuk lelaki. Saya tahu, kat tempat kerja kan biasa bergaul dengan lelaki bila perlukan bantuan. Nak panjat ke, angkat barang berat ke apa. At least kat tempat kerja, darurat. Ni pun saya fikir tak lama dah saya kerja kat situ.
Saya juga terselamat daripada terpaksa membayar penalti sebanyak RM50 itu! Dia siapa nak paksa saya hadiri annual dinner yang jauh dari rumah tu? Kalau saya bawa mahram saya pun, kena bayar untuk dia pula. Lebih baik duit tu saya belanja adik makan kat mana-mana. Lagi jimat kot. Belanja satu family pun lepas. Hish, dunia sekarang ni macam-macamlah kan?
Sambutan Hari Raya
Okeylah. Raya kali ni saya beli dua pasang baju. Tapi rasa macam membazir pula sebab saya tak jalan sangat and takde orang nak ajak keluar pun. Masing-masing busy sebab, the beginning of Raya, huhu. Tema kali ni, rasa macam baju yang saya beli tu tema 'gadis Melayu terakhir'. Hihi. Baju first macam baju permaisuri istana macam dalam filem Melayu klasik, berkilau dengan corak kerawang emas. Dapat diskaun sebab beli malam raya. Baju kedua pun macam tu juga cuma kolar saja macam baju kurung cekak musang tapi yang lain nampak moden. Tapi masih longgar dan labuh.
Free Hair
Saya ni jarang-jarang berjalan ke rumah saudara mara kat kampung. Bukan sebab takut nyamuk ke apa. Saya tengah simpan plan nak jungle trekking tak lama lagi. Saya suka bersatu dengan alam. Tapi malangnya, makcik saya ni pun sama macam typical makcik-makcik bawang kat luar sana. Selalunya dia akan acah-acah rimas dengan saya yang tak kahwin lagi. Eleh, biarlah. Bukan anak ko pun. Anak ko sendiri pun dah masuk 30 tahun tak kahwin lagi. Saya tak sibuk pun hal orang.
Maybe dia dah sedar perkara tu, menyebabkan dia cari topik lain pula untuk 'kenakan' saya. Hish, dia memang menyampah dengan saya, kan? Kali ni pasal free hair. Dia siap cerita pasal alam kubur tu semua. Saya tersentap kat situ. Terdiam. Sebab hari tu, saya memang happy-go-lucky. Berbual mesra dengan semua orang sebab saya tahu, selama ni saya susah nak bercampur dengan diorang. Once bila saya dah bercampur gaul tu semua, makcik saya tu pula buat spoil.
Okey, dia berhak untuk menegur. Cuma satu je saya nak tanya, di mana dia masa saya alami tekanan yang amat berat sebelum ni? Di mana dia masa saya alami kesedihan melampau hingga saya melakukan perkara-perkara yang orang putih panggil self-harm tu? Apakah dia di sisi saya masa saya perlukan someone to talk to? Ada tak dia datang bilik saya dan peluk saya, beritahu yang semuanya akan okey? Cerita tentang Tuhan itu ada dan semua ini hanya ujian daripdanya? Ada orang datang masa tu dan ceritakan pada saya tentang Allah? Tak ada! None!
Dan sekarang tiba-tiba semuanya jadi masalah besar. Tiba-tiba baru nak bercerita tentang Tuhan. Dah terlambat. Terlambat kat sini bukan sebab agama tapi apa yang dia cuba lakukan tu. Nak sekolahkan saya konon. Saya perhatikan saja diorang ni sekor-sekor masa saya betul-betul mengharapkan salah seorang daripada mereka ini untuk berikan sokongan moral pada saya. Orang terdekat saya cuma cakap macam ni, "kalau kau sayangkan mak, jangan buat benda ni lagi". What? Just that? Then you let me all alone in my room. Have you even bother to knock or come to hug me? No! You also, stay away from me because you think, all I need is time alone all day. That so wrong. I need someone to tell me, "ini semua ujian daripada Allah" and hug me. But alone, I have to stand up by my own.
Kenal Allah
Saya tak salahkan sesiapa bila saya sebenarnya masih kurang pengetahuan tentang Allah. Saya tak pasti Dia siapa atau apa peranannnya dan kenapa Dia jatuhkan ujian tu. Banyaklah persoalan tentang Dia yang mengganggu saya selama ni. Kemudian, perlahan-lahan saya membaca tentang Dia. Saya Google, saya pergi Popular Bookstore atau mana-mana kedai buku. Selalunya section buku agama ni dipenuhi oleh orang bertudung saja. Tapi, sayalah yang free hair tu, tercari-cari sendiri akan makna Tuhan.
Hari-hari selepas saya bangkit daripada 'kegelapan' tu, hati saya sentiasa dahaga dengan pengetahuan tentang Allah. Saya betul-betul nak kenal dia. Tentang nabi-nabi Allah juga. Kalau dulu masa sekolah rendah, saya paling gemar dengar ustazah bercerita tentang kisah nabi. Tapi nak tanya masa tu, saya memang jenis pemalu yang amat. Setakat ni, banyak juga yang saya tahu tentang Dia. Alhamdulillah, cukuplah buat saya muhasabah diri dan teruskan perubahan ni. Menghalang saya terus daripada kembali ke sisi gelap itu.
Kadang-kadang tu, perubahan dan hijrah akan mengambil masa. Perlahan-lahan. Malangnya, Islam kita hari ini, kalau boleh semua nak rushing. Saya tahu, kematian tidak akan menunggu walau sesaat tapi saya hanya mampu lakukan apa yang terdaya. Tersilap langkah, saya akan kembali seperti dulu. Sesungguhnya iman saya masih rapuh. Setiap hari, saya hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan. Mulut orang tidak akan berhenti menilai dan menyakiti. Disitulah juga usaha saya ini akan diuji terus menerus.
Kadang-kadang tu, iman saya kurang diuji tapi usaha saya itu untuk menambahkan keimanan yang sedang terus diuji selama ni. Sebab selama ni saya telah dibentuk dengan baik oleh ayah saya. Saya cuma free hair saja dan itu pun saya masih teruk dikecam. Semua orang nak jadi ustazah. Tapi bila bab pergaulan, selalu buat-buat tak nampak. Kat tempat kerja, majoritinya gadis bertudung tapi saya selalu pelik, kenapa mereka bebas menyentuh yang bukan muhrim?
Ada tak orang sibuk berbahas tentang pergaulan sesama Muslim? Tak ada! Sebab seiring dengan aliran fesyen bertudung yang berbagai sekarang, lebih popular berbanding fesyen rambut, mereka dah tak pandang dah tentang adab pergaulan semua tu atau cara berpakaian. Tudung, tudung juga. Saya cukup angin kalau ada staff lelaki cuba sentuh saya meskipun cuit di bahu. Selalunya yang lama kenal dengan saya, tahu yang saya tak suka disentuh. Alhamdulillah.
Jangan ingat saya free hair, mereka boleh memperlakukan saya sesuka hati. Hendak mengata saya, hendak kecam saya, kecamlah. Saya dah makin lali. Mereka tidak tahu betapa susahnya saya bangkit sendirian. Betapa 'sakitnya' saya selama ni kerana jiwa saya begitu kosong. Rupa-rupanya dengan mengenal Allah, perlahan-lahan jiwa saya rasa terisi. Betapa bertuahnya mereka yang telah mengenal-Nya lebih lama daripada saya!
*Terima kasih pada yang sudi mendoakan saya. Moga saya akan terus kuat dan usaha saya untuk terus mengenal-Nya tidak akan terhenti sampai bila-bila. Amin.
Wasalam.

Comments
Post a Comment