Paranoid

Pendiam

Saya ni kalau dah mula bercakap, jangan haraplah boleh berhenti, bercakap ja macam esok tiada lagi. Haha. But if you are new to me, you may see I'm that silent type of girl. Saya hanya bercakap bila perlu atau memang tak akan bercakap langsung. Mostly smile je so people tak cakap saya ni sombong. But memanglah. Orang pendiam ni akan selalu dituduh sombong. Huhu. Padahal, si pendiam ni terlalu berhati-hati dalam berkata-kata dan dengan orang tertentu yang mahu mendengar. Mereka ini sebenarnya takut dikecewakan atau end up with no one can understand them.

Orang pendiam ni juga teliti sebenarnya dalam sesuatu perkara termasuklah dalam relationship. Dia akan diam-diam dulu sampai semua tu menjadi betul-betul pasti. Sebab tu walaupun ramai yang cuba dok tackle, dia buat tak tahu dulu. Kena perhatikan dulu that person tu macam mana. Okey ke idok. And what most importantly is, bolehkah dia menjadi pendengar yang setia? Yalah, lelaki sekarang ni banyak yang suka talk and laugh loud and only mean for fun. Main-main je diorang tu. Huhu.

Dan memang takkan ada sorang pun faham.

Adalah sorang kakak ni, memang saya paling banyak bercakap dengan dia kat tempat kerja. Saya cerita pasal saya yang pantang ada peluang, mesti nak keluar jalan-jalan walaupun sampai ke malam. Kadang-kadang saya post kat instagram (ig) pasal aktiviti melepak saya tu (jarang kat Facebook for some reasons). Dan saya hanya keluar dengan mahram saya saja. Adik boleh drive so senanglah. Seronok tau keluar dengan orang yang boleh memahami diri kita dengan baik, apa yang kita tak gemar and a protector.

Paranoid

Bila kat luar tu, macam-macam yang saya fikir. Ketakutannya lain macam. So, bila ditemani, rasa aman sikit meskipun masih juga ada perasaan tu. Biasalah, sekarang ni macam-macam kes keluar kat media. Tak nak ambil tahu pun dia keluar jugak kat Facebook tu, huhu. Sebab tu kalau nak keluar tu mesti dengan mahram, rasa lebih selamat. Bukannya kita anti sosial tau. But depends.



Curang

Orang muda memanglah suka cari ketenangan kat luar. Salah, ke? Tapi, typical makcik sekarang bila dengar macam tu je, dia dah fikir yang buruk-buruk. Seolah-olah kita ni ada potensi untuk jadi playgirl. Ko dah kenapa label aku camtu? Tengok, ayah dengan adik saya saja yang faham. Maybe cara saya meluahkan perasaan tu kot yang silap buat dia?

Saya: Saya bosanlah, kak. Sebab tu saya asyik keluar je.
Akak Tu: Akak risau. Bila adik dah kahwin nanti, adik akan curang... 
(Saya terkejut sangat bila dengar perkataan 'curang' tu dan tak pernah terfikir pun apa yang saya buat untuk hilangkan stress tu akan direlate dengan 'curang'. Aduhai, tuduhan itu sangat perit).

Orang yang kahwin lewat ni lain sikit coping mechanism dia untuk hilangkan bosan. Akak tu kahwin muda, kan? Mana faham situasi orang muda sekarang yang masih single sampai sekarang ni. Bukannya keluar tu nak cari boyfriend bagai. Memang dah takde fikir pasal tu semua hanya nak cari ketenangan dan belanja adik-adik makan. Rasa macam kita dah ada anak dara yang besar-besar pulak. Hehe. Bila diorang happy, kita sebagai kakak pun akan rasa lebih happy, hilang sekejap tekanan. That's the only thing I cared for now, my sisters then my dad and mum.

Home

Kalau tak keluar tu, saya boleh napping sampai 4 jam straight balik dari kerja. Tak bangun-bangun. "Kamu ni tak reti nak makan, ke?" Kadang-kadang buat mak risau jugak. Ayah pun, dok tanya mana saya pergi. Padahal dalam bilik ja, tak keluar-keluar, tidur. Huhu. Kalau tak tidur, main computer games macam Minecraft, Terraria, Starbound, Trove and more from Steam and websites. Tapi dah tak main Facebook games. Bosan dah. A few games from phone too. Menulis novel, melukis animasi, Movie Maker, Google, Photoshop, learn few languages dan macam sekarang, tulis blog. Kadang-kadang main biola, practice make perfect. Piano je takde kat rumah. Huhu.



Kalau rasa nak human company, saya akan cari adik, "jom keluar. Lepak mamak ke." Saya sebagai kakaklah yang kena belanja tu. Duit minyak semua. Ingat senang ke jadi kakak sulung ni and ingat senang ke nak jaga adik macam yang mak ayah selalu pesan kat kita, "jaga adik elok-elok." Dari kecik sampai sekarang, terus terngiang-ngiang. Apa-apa hal nanti, kakak sulung dia yang kena. Maklumlah, mulut makcik-makcik sekarang ni ada yang bagus dan ada yang macam bilah pedang bisanya.



You never be in my place, never be there through every pain I experience, how could you judge me that way.

Comments

Popular posts from this blog

Review Novel: Meremang

Aeon Mall Bandar Dato' Onn

Paradigm Mall, Johor Bahru