Posts

Showing posts with the label jalan-jalan

Paradigm Mall, Johor Bahru

Image
Cuti jadi saja-saja jalan-jalan pergi mall yang baru dibuka, Paradigm Mall. Khabarnya, dulu Kemayan City, Kemayan City yang banyak menyimpan pelbagai kisah misteri. Boleh baca  disini.   Entahlah macam mana dia boleh buka Paradigm Mall dalam Kemayan City. Apa-apa pun, first masuk sini, dah rasa lain macam, tempat parkir. Jalannya berpusing-pusing untuk naik ke tingkat atas, tingkat 6 dan 7. Bila malam, memang gelap sikit. Sunyi. Tempat parkir aras 6 Mungkin disebabkan jalan ke tingkat atas parkir tu berpusing-pusing membuatkan saya rasa macam tak stabil sekejap bila masuk saja mall buat pertama kali. (tapi selalunya tak macam tu) Rasa macam melayang-layang nak jatuh tapi saya sihat-sihat saja. Tak rasa pening atau sakit kat mana-mana. Memang perasaan melayang-layang tu sungguh annoying. Nasib baiklah sekejap aje. Lepas tu, dah okey dah. Memang pengalaman ke Paradigm Mall mungkin agak pelik sikit. Driver saya hampir sesat, boleh tersasar sampai ke simpang untuk k...

IKEA Tebrau City

Image
16 November 2017, hari pertama IKEA dibuka dan pertama di Johor Bahru. Bangunan IKEA berhadapan dengan Jusco Tebrau City dan INDEX Living Mall. Dulu kawasan tu tanah lapang ja. Teringat tahun 2006 - 2013. Memang terbiar saja. Perlahan-lahan Tebrau City membangun. Lengkap semua ada dan sekarang IKEA pula. Kalau dari City Square akan ambil masa kira-kira 40 minit hingga 1 jam untuk ke sini. Suasana entrance tingkat atas IKEA Dekat sini, bolehlah dapatkan shopping bag warna kuning daripada staff yang bertugas. Tapi lepas habis shopping, shopping beg tu kena pulangkan balik kat sini. Shopping beg yang lebih kecil warna biru boleh dibeli dengan harga RM1.50 satu. Bahagian atas sebelah kanan tu bolehlah buat kad keahlian percuma. Boleh minta tolong staff atau kalau mahir menggunakan komputer boleh buat sendiri. Lepas tu, kad akan di-print. Temporary Member Card Kena shopping RM200 ke atas untuk tukar kad kepada 'permanent' dalam masa setahun daripada tarikh mula keahli...

Aeon Mall Bandar Dato' Onn

Image
Masa mula-mula dibuka 7 September lalu, saya datang dengan family. Besar jugalah and landskap dia pun menarik. Tak macam Aeon Tebrau masa dulu-dulu. Tapi, jangan main-main, taman dalam mall konsep Aeon Tebrau sekarang. Ala-ala Japanese gitu. So, kalau nak rasa pengalaman lepak di taman berhawa dingin, Aeon Tebrau menjadi pilihan. Aeon Tebrau dibuka pada tahun 2006. So, kira-kira 10 tahun kemudian, Aeon Bandar Dato' Onn pula dibuka. Ini baru ada kesempatan nak menulis review tentang Aeon Mall Bandar Dato' Onn. Busy saja memanjang. Lagipun, malas nak transfer gambar dari phone ke komputer. Sekadar upload gambar kat Facebook je nak beritahu mereka saya dah sampai masa first day opening. Huhu. Masa ni mendung dan hujan. Gambar di ambil masa dalam kereta. Parking betul-betul penuh tapi nasib baiklah ada sebuah kereta ni nak keluar. Memang nasib baiklah time tu. Ramai juga orang pergi. Nasib baiklah bukan hujung minggu. Hari Khamis masa ni. Dari Tebrau tu rasa macam ambi...

Lepak-Lepak Di Taman Tasik Pelangi Indah

Image
Sekali sekala, saya gemar ke tasik untuk mencari ketenangan. Bosan juga asyik pergi shopping mall. Lagipun, saya memang jenis yang tak berapa gemar nak shopping. Beli baju pun tak selalu. Tak minat habiskan duit untuk beg tangan atau kasut. Lebih banyak beli buku, membaca. Tenang dan damai saja rasanya berada di Taman Tasik Pelangi Indah. Pemandangan yang cantik. Indahnya ciptaan Tuhan. Sukakan kehijauan alam dan unsur air. Masa ni bolehlah bawa sketch book ke atau buku nota untuk catat apa-apa idea untuk menulis. Sebagai seorang novelis, suasana sebegini sangat membantu. Selalunya petang, akan ada orang berjoging. Jadi, taklah sunyi sangat. Nak picnic pun boleh. Memang besar kawasan ni. Dikatakan, taman ini adalah taman buatan. Taman ini memang dijaga. Kadang-kadang, ada juga orang buat photoshoot kat sini. Kadang-kadang pasangan pengantin Melayu, lengkap berbaju kebaya moden dan baju Melayu dengan tanjak dan keris tersisip di pinggang. Ini kira bertuahlah ke tasik...

Pasaraya Hero, Johor Bahru

Image
Hari ni katanya hari pertama Pasaraya Hero di buka di Johor Bahru. Hmm, nampaknya pasaraya sekitar kawasan Tebrau tu ibarat cendawan yang tumbuh lepas hujan. Sebelum Pasaraya Hero, dah ada Tesco, Jusco dan Mydin. Sikit lagi IKEA pulak. Pasaraya Hero, Johor Bahru Jendela ini untuk melepaskan dendam.. Main Entrance Nampak, kan? Masih lenggang macam masuk rumah baru. Kosong je. Tapi, ramai jugaklah yang datang nak membeli-belah. Macam Tesco juga. Tapi, tempat baru, kan? Mestilah orang ramai nak datang, nak tengok-tengok apa yang ada kat dalam. Kira okeylah. Not bad. Dan disebabkan pasaraya ni baru dibuka, normallah kalau korang terserempak dengan jajan-jajan ni bergerak sesuka hati dalam pasaraya. Yalah, tempat baru. Mungkin masih tak dapat sesuaikan diri dengan shelf yang ditetapkan. Kerepek kentang yang berjalan.. Coklat  yang pemalu.. Nampak, kan? Comel dan mesra. Boleh bergambar lagi. Tak payah risau pasal coklat tu sebab nampaknya beliau telah berja...

Ronda-Ronda Bandar Johor

Image
Hari ni gi jalan-jalan. Saja nak habiskan cuti satu hari ni. Jadi, pergilah jalan City Square. Hari ni hari Khamis tapi macam ramai gila orang. Selalunya hari Rabu dengan weekend je ramai orang. City Square Sempat gak la tengok mamat tu buat ice cream pelik tu. Nampak macam senang je. Tapi memang tak pernah pun mencubanya. Jalan-jalan dalam MPH, jumpa pula buku-buku yang best. Antaranya, "MOVE ON". Macam best je buku tu. Tapi tak belilah. Lagipun bab move on ni, memang entah apa-apa. Saya cakap macam ni sebab saya tak pernah lagi bercinta. Apatah lagi date. Memang tak ada dalam kamus hidup lagi. Kalau setakat tersuka tanpa sengaja tu, memang beberapa kali. Istilah couple pun tak pernah dalam hidup. Semualah. So, move on tu untuk apa, ya? Okeylah. Caption dia berbunyi macam ni.. Dulu saya anggap hidup saya biasa-biasa sahaja, tidak mungkin diuji atau dilambung ombak kehidupan. Namun, ujian Allah petanda sebuah cinta dan rindu buat hamba-Nya, sampai ma...