Perempuan Melayu Terakhir vs Cinderella

Saya sebenarnya sudah terbiasa menjalankan kehidupan sebagai seorang gadis yang patuh pada ayahnya. Dalam keluarga, boleh dikatakan, saya yang paling rapat dengan ayah berbanding adik lelaki saya yang bongsu. Rasanya kalau boleh pergi sembahyang Jumaat dengan ayah, memang selalu saya pergi kot, hehe. Berjalan dengan ayah, banyak info yang saya dapat tentang pengalamannya dalam hidup. Banyak nasihat berguna yang dikongsikan.

Ayah saya pula jenis, kalau dah mula bercakap, dia akan terus bercakap, berkongsi pandangannya tentang apa yang dia tahu. Macam anak perempuannya ini juga. Ada logiknya apa yang dia kongsikan dan cara dia membentuk saya dari kecil sampai besar, tidak seperti kebanyakan ayah yang lain. Dia tidak memaksa. Cara teguran dan nasihatnya halus. Dia seperti, "kalau kau sayang ayah, kau buatlah macam ni dan kau jangan buat yang tu". Dah tentu saya sayang ayah sebab dia satu-satunya ayah di dunia ni yang tak seperti dalam drama Melayu, tak pernah cuba menyakiti saya. Jentik lagilah tak pernah. Malah, selalu melindungi saya.

Bila membayangkan yang ayah saya akan disakiti, waktu tu juga saya boleh menitiskan airmata. Saya tak boleh tengok orang tengking-tengking ayah saya sebab ayah tak pernah tinggikan suara pada saya. Ni tengah taip benda ni pun dah mula buat saya rasa sebak. Hebat, kan rasa hormat dan kasih saya pada ayah. Ayah selalu menghiburkan. Masa kecil dulu, dia rajin bawa saya keluar jalan-jalan dan belanja saya makan. Dia tahu, mak kadang-kadang tak pedulikan saya. Yalah, ada adik-beradik yang lain.

Culture Shock

Ayah selalu ingatkan saya, jangan bergaul bebas sangat dengan orang terutamanya lelaki. Pendek kata, dia akan mula risau kalau ada lelaki cuba mendekati saya. Baginya, semua lelaki dalam dunia ni harmful. Dia akan mula membebel pada mak dan menjadikan, cerita tentang lelaki mana yang saya minat, adalah taboo di hadapan ayah saya. Dia mahu saya fokus pada study aje. Okeylah. Lagipun, dia berjaya tanamkan sifat beware saya terhadap kaum lelaki. You're will be a lot safer to stay away from them.

Dia tak marah direct pada saya bab lelaki ni tapi ianya datang secara semulajadi, saya tak sampai hati nak kecewakan ayah saya dan harapannya untuk saya terus berjaya dalam hidup. Saya tak nak buat dia sedih kalau saya ingkar.

Okeylah. Masa tengah study. Saya ada alasan untuk mengelakkan situasi tersebut. But then, saya di alam pekerjaan.

Menjaga Pandangan

Zaman sekarang ni kalau perempuan tu macam tak kisah orang sekeliling, bila jalan macam tak nampak orang atau bertegur dengan orang yang lawan jenis, orang akan anggap kita ni sombong. Saya tidak dilahirkan dalam keluarga pendakwah tapi saya hanyalah seorang anak yang taat pada ayah. Perubahan zaman dan pengaruh budaya Barat banyak mengubah cara pergaulan sekarang. Kita seperti dituntut supaya bercampur gaul tanpa batasan meskipun dengan lawan jenis.

Saya perhatikan saja budak perempuan lain siap bertepuk tampar dengan lelaki yang bukan muhrim ketika berbual. Yang lelaki pula, dah tentulah buat benda yang sama. Sebab, si perempuan macam dah bagi kelonggaran. Tapi, siapalah saya untuk menegur. Mereka tidak akan menerima teguran daripada gadis free hair macam saya ni.


Setiap orang juga punya kelemahan yang tersendiri. Kadang-kadang, mereka cenderung menegur apa yang mereka nampak pada orang lain tapi jarang menyedari kelemahan masing-masing. Saya tak mahu jadi macam tu. Bagi saya, cukuplah saya menjaga pandangan, pergaulan dan pakaian saya. Saya free hair tapi tak pernah lagi saya pakai baju yang ketat-ketat atau macam tak cukup kain. Saya lebih selesa pakai pakaian yang longgar dan berkolar. Lebih suka blouse yang labuh atau cardigan labuh. Dan saya tak kata, sayalah wanita beriman itu. Saya masih terus belajar untuk memperbaiki diri.

Annual Dinner

Panggillah saya Cinderella ke apa. Tapi, saya takkan berada di luar rumah selepas jam 12 malam. Kecuali dengan mahram saya atas urusan tertentu. Kalau boleh, sebelum jam 11 malam mesti ada kat rumah dan ayah tahu, saya ada dalam bilik saya. Tapi masalahnya, kerja saya kerja shift sampai 11.30 malam time weekend. Pastu, company nak raikan one year anniversary. Supaya semua staff dapat attend, dia akan buat lepas jam 10.30 malam. Agak-agak sampai jam berapa? Dah tentulah dekat 12 malam!

Okeylah kalau buat dalam tempat kerja tapi diorang plan nak buat kat satu tempat. Jauh pula tu. Kira-kira 40 minit dari tempat kerja dan rumah saya. Tempat kerja dengan rumah saya cuma 10 atau 5 minit saja. Siapa nak hantar? Saya belum ada lesen nak bawa kereta dan saya jenis yang tak suka menyusahkan orang untuk usung saya ke sana sini. Tapi agak-agak, diorang boleh faham tak situasi saya? TAK MUNGKIN!

Apa yang diorang decide? Saya tetap kena pergi juga. Tak ada pengecualian. It either, saya kena minta tolong adik hantar malam-malam buta macam tu (dia kena tunggu jugak sampai majlis tamat) atau berhimpit-himpit dalam kereta bos lelaki saya dan berhadapan dengan risiko... yalah, bersesak-sesak dalam kereta dengan bukan muhrim. What the heck?! Kalau ayah saya tahu macam tu, tentu dia sedih. Tentu dia kecewa. Dahlah balik selepas jam 12 malam. Dinner, kan? Dengan kereta bos. Ayah mesti fikir yang bukan-bukan. Saya sayang ayah dan saya tak nak buat macam tu. Saya tak mahu turut menjadi mangsa arus perubahan zaman.

Takpelah kena bayar RM50 sebagai penalti sebab tak datang. Apalah sangat RM50 dengan maruah diri dan dengan prinsip yang saya pegang selama ni. Sebab, bila sekali kita off guard seketika, selama-lamanya kita akan macam tu. Macam tak kisah dengan semua perkara yang tak elok. Meskipun saya free hair, saya suka latih diri saya jadi yang lebih baik setiap hari dan kekal macam tu. Orang nak cakap apa, cakaplah.

Kesimpulan

Saya jadi macam ni bukan sebab nak tunjuk konon saya bagus ke apa. Saya juga ada kelemahan saya sendiri. Tapi sebagai manusia, kita akan terus belajar dan belajar sama ada dari pengalaman atau orang sekeliling untuk menjadi yang lebih baik. Kadang-kadang, bukan kerana ayah saya saja. Saya belajar dari dia tapi semua tu datang dari hati dan pilihan saya sendiri. I decide on my own.

Cuma kejutan budaya tu ada di mana-mana dan dalam pelbagai situasi di sekeliling saya. Kadang-kadang saya rasa macam nak lari dari tempat ni, bandar besar ni tapi di sinilah saya diuji, di sinilah saya akan menjadi lebih kuat untuk pengalaman di hari mendatang. Apakah saya mampu terus menentang arus perubahan negatif di sekeliling saya? Insya-Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Review Novel: Meremang

Aeon Mall Bandar Dato' Onn

Paradigm Mall, Johor Bahru