Saya "Serik"
Kadang-kadang kita tak perlu untuk gagal dalam percintaan berkali-kali untuk menjadi 'lebih dewasa" dalam cinta. Saya tak pernah bercinta sejak remaja. Tersuka tanpa sengaja itu menyedarkan yang kita juga manusia biasa. Maka, normallah jika kita pernah sukakan seseorang. Dan bagi saya, hanya suka tapi setakat itu saja. Tak pernah meluahkan apa-apa. Perasaan itu berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan. Habis SPM maka, perasaan itu juga setakat itu sahaja. Akhirnya setelah 8 tahun menanti, saya pun dah semakin malas untuk terus menanti jawapannya. Macam lagu Elyana, "Kau Atau Aku (Main Tarik Tali)". Tambahan pula, saya dah start nampak dia bergambar dengan perempuan lain dalam Facebook. Makin lama, makin tawar. Jadi, saya bukanlah jenis yang tak setia. Jawapan menyakitkan kepada sebuah penantian.. Bila orang tanya kenapa saya tak pernah bercinta atau "betul, ke" saya tak pernah bercinta? Diorang selalunya takkan percaya atau pandang ...