Aeon Mall Bandar Dato' Onn

Masa mula-mula dibuka 7 September lalu, saya datang dengan family. Besar jugalah and landskap dia pun menarik. Tak macam Aeon Tebrau masa dulu-dulu. Tapi, jangan main-main, taman dalam mall konsep Aeon Tebrau sekarang. Ala-ala Japanese gitu. So, kalau nak rasa pengalaman lepak di taman berhawa dingin, Aeon Tebrau menjadi pilihan. Aeon Tebrau dibuka pada tahun 2006. So, kira-kira 10 tahun kemudian, Aeon Bandar Dato' Onn pula dibuka.

Ini baru ada kesempatan nak menulis review tentang Aeon Mall Bandar Dato' Onn. Busy saja memanjang. Lagipun, malas nak transfer gambar dari phone ke komputer. Sekadar upload gambar kat Facebook je nak beritahu mereka saya dah sampai masa first day opening. Huhu.



Masa ni mendung dan hujan. Gambar di ambil masa dalam kereta. Parking betul-betul penuh tapi nasib baiklah ada sebuah kereta ni nak keluar. Memang nasib baiklah time tu. Ramai juga orang pergi. Nasib baiklah bukan hujung minggu. Hari Khamis masa ni. Dari Tebrau tu rasa macam ambil masa dekat satu jam je rasa. Macam jauh. Tambah hujan pula, kan.

Masuk aje, dah rasa macam dalam Aeon Mall dekat Shah Alam tu sebab pernah pergi, kan. Ramai yang gila-gila kat dalam tu. Ada banyak buat promosi. Tapi, kalau nak diikutkan, tak adalah sebesar Aeon Mall Tebrau City. Cuma yang bestnya, banyalah kedai-kedai butik yang tak ada kat Aeon Tebrau. Memang rasa macam kat Shah Alam kejap. Haha.

Ruang legar dalam Aeon Mall Bandar Dato' Onn

Antara landskap dalam Aeon Mall Bandar Dato' Onn
Teddy bear yang comel.
Di kiri teddy bear tu, terletak kedai bakery SDS dan dikeliling oleh cafe-cafe yang lain seperti Doi Chaang. Nama dia pun pelik-pelik. Saya memang jarang lepak di cafe-cafe ni melainkan Old Town ke. Mungkin, saya lebih suka kopi yang saya buat sendiri. Hehe. Mungkin, dikesempatan yang lain, saya akan share macam mana saya brew kopi cara saya sendiri. So, kalau korang lepak di cafe-cafe tersebut, dapatlah menikmati pemandangan landskap yang menghijau dengan teddy bear besar tu. Kira better-lah daripada typical cafe dalam mall, rasa terkurung je, kan.

So far, not bad-lah Aeon Mall Bandar Dato' Onn. Nak review lebih-lebih pun, saya tak sempat nak ronda satu mall. Ramai orang satu, kesuntukan masa satu sebab masa ni mak sibuk nak kejar pergi tempat teddy bear ni, ada opening ceremony petang tu. Adalah sikit ucapan, persembahan daripada kanak-kanak dan akhir sekali, bila lampu bentuk hati tu dinyalakan sebagai simbolik kepada pembukaan mall hari pertama.

Waktu malam hari pertama pembukaan
So, mana yang belum singgah lagi terutamanya orang Johor, jangan tak singgah. Pengalaman baru. Bagi saya, lagi seronok lepak kat sini sebab tempat baru, orang pun tak kenal kita. Lebih privasi gitu. Hehe.

Comments

Popular posts from this blog

Review Novel: Meremang

Paradigm Mall, Johor Bahru