Saya "Serik"
Kadang-kadang kita tak perlu untuk gagal dalam percintaan berkali-kali untuk menjadi 'lebih dewasa" dalam cinta.
Saya tak pernah bercinta sejak remaja. Tersuka tanpa sengaja itu menyedarkan yang kita juga manusia biasa. Maka, normallah jika kita pernah sukakan seseorang. Dan bagi saya, hanya suka tapi setakat itu saja. Tak pernah meluahkan apa-apa. Perasaan itu berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan. Habis SPM maka, perasaan itu juga setakat itu sahaja.
Akhirnya setelah 8 tahun menanti, saya pun dah semakin malas untuk terus menanti jawapannya. Macam lagu Elyana, "Kau Atau Aku (Main Tarik Tali)". Tambahan pula, saya dah start nampak dia bergambar dengan perempuan lain dalam Facebook. Makin lama, makin tawar. Jadi, saya bukanlah jenis yang tak setia.
Jawapan menyakitkan kepada sebuah penantian.. |
Bila orang tanya kenapa saya tak pernah bercinta atau "betul, ke" saya tak pernah bercinta? Diorang selalunya takkan percaya atau pandang saya macam saya baru saja muncul tiba-tiba depan diorang. Yalah, dating tak pernah. Saya kalau dating pun dengan adik, dengan ayah. Tak ada siapa pun. Kawan perempuan pun tak pernah. Haha.
Nanti diorang cakap saya jual mahal. Tapi, saya selalu tercakap "saya serik". Serik. Macam pernah keluar dating dengan boyfriend je, kan? Padahal, dah nak masuk 30 tahun ni pun, masih tak pernah. Sebenarnya, saya serik dengan pengalaman percintaan orang sekeliling macam kawan-kawan dan adik sendiri. Dari situ, saya jadi 'serik' sendiri. Depan mata saya sendiri, saya tengok macam mana orang yang deeply in love ni tetiba wresting, pukul memukul. Jerit macam orang kena histeria. Seram beb. Macam tu rupanya penangan bercinta.
Itu bercinta. Belum lagi perkahwinan. Bukankah setiap percintaan diharapkan dapat berakhir ke jinjang pelamin? Kisah-kisah rumahtangga kat Facebook dan orang sekeliling lagi. Dalam drama TV. Banyak faktor yang menyumbang. Secara tak langsung, perasaan paling tepat yang dapat menggambarkan kenapa saya masih memegang status single hingga ke hari ini adalah "serik".
Macam ni sajalah. Lelaki yang saya paling percaya di dunia ini adalah cuma ayah saya seorang.
Sakit sebenarnya bercinta ni. Saya tengok pengalaman orang, saya dapat rasa. Tapi, semua tu saya dah malas nak ingat. Sekarang ni saya nak fokus pada diri sendiri je macam bila nak dapat lesen kereta, nak dapat rumah sendiri dan pergi travel sendiri. Couple, boyfriend bagai ni kita tolak tepi. Kalau ada jodoh, adalah. Malas nak fikir sangat bab cinta dan jodoh ni. Serabut.
Comments
Post a Comment