Buku Pilihan Ann Farah
Kebelakangan ni memang saya tak berapa gemar nak baca novel cinta. Member pun dok tanya novel apa yang diorang boleh pinjam. Kalau ada pun, novel-novel tahun sudah. Novel terakhir yang saya beli pun, novel seram, Klong Mai. Itu pun tak habis baca lagi.
Klong Mai |
Klong Mai tu maksud dia peti kayu. Dan novel sebelum novel Klong Mai, novel thriller, Ramlee Awang Murshid. Dan sebelum tu pulak novel thriller juga tapi dari penulis Maya Iris, 'Fugitif' dan 'Konspirasi Suami'. Memang tak ada jiwang karat kat situ. Saya tak rasa member-member saya berkenan dengan novel-novel sebegitu. Jiwa dan fikiran mereka takkan sama dengan saya. Kadang-kadang saya dapat judge orang tu bila setiap hari berpeluang bercakap dengan dia. Itupun, saya malas nak cakap apa-apa.
Diagnosis 5 : Preskripsi |
Saya dah ada kesemua siri kecuali yang first tu. Tak beli lagi. Memang minat gila dengan dunia perubatan sebab apa-apa hal pun, family akan refer kat saya, nak jumpa doktor ke tak atau ubat apa kena beli. Saya bolehlah buat diagnosis sikit-sikit sebab sejak sekolah lagi memang minat baca artikel berkaitan penyakit-penyakit yang wujud. Website 'mayoclinic', macam-macamlah. Setakat bagi nasihat dan pendapat tu bolehlah. Tak ambil Sains Tulen tapi minat baca buku Biologi, Kimia dan Fizik masa SPM.
Antara Sejarah dan Mitos Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia |
Sejarah pun minat jugak tapi masa SPM dulu kurang membaca buku teks sekolah. Rupa-rupanya sejarah Melayu ni memang tak habis pun sampai form 5. Banyak yang boleh dikupas dan mungkin sengaja disembunyikan fakta sebenar oleh pihak tertentu.
Dalam masa yang sama, saya juga minat menulis novel. Cuma tak pernah diterbitkan saja. Mula menulis sejak... kecil lagi, kot. Masa sekolah rendah dah mula menulis cerpen sendiri tapi "Aku Sebuah Beg" la. Dah masuk alam Menengah, barulah tentang kehidupan, tentang ayah, tentang cinta sikit. Tapi, lebih banyak tentang kehidupan. Sekarang pun, masih menulis. Belum siap-siap lagi. Kalau dah siap, insya-Allah, akan cuba hantar pada mana-mana penerbit.
Sekian, wasalam.
Comments
Post a Comment