Posts

Showing posts from August, 2017

Pasaraya Hero, Johor Bahru

Image
Hari ni katanya hari pertama Pasaraya Hero di buka di Johor Bahru. Hmm, nampaknya pasaraya sekitar kawasan Tebrau tu ibarat cendawan yang tumbuh lepas hujan. Sebelum Pasaraya Hero, dah ada Tesco, Jusco dan Mydin. Sikit lagi IKEA pulak. Pasaraya Hero, Johor Bahru Jendela ini untuk melepaskan dendam.. Main Entrance Nampak, kan? Masih lenggang macam masuk rumah baru. Kosong je. Tapi, ramai jugaklah yang datang nak membeli-belah. Macam Tesco juga. Tapi, tempat baru, kan? Mestilah orang ramai nak datang, nak tengok-tengok apa yang ada kat dalam. Kira okeylah. Not bad. Dan disebabkan pasaraya ni baru dibuka, normallah kalau korang terserempak dengan jajan-jajan ni bergerak sesuka hati dalam pasaraya. Yalah, tempat baru. Mungkin masih tak dapat sesuaikan diri dengan shelf yang ditetapkan. Kerepek kentang yang berjalan.. Coklat  yang pemalu.. Nampak, kan? Comel dan mesra. Boleh bergambar lagi. Tak payah risau pasal coklat tu sebab nampaknya beliau telah berjaya d

Saya "Serik"

Image
Kadang-kadang kita tak perlu untuk gagal dalam percintaan berkali-kali untuk menjadi 'lebih dewasa" dalam cinta. Saya tak pernah bercinta sejak remaja. Tersuka tanpa sengaja itu menyedarkan yang kita juga manusia biasa. Maka, normallah jika kita pernah sukakan seseorang. Dan bagi saya, hanya suka tapi setakat itu saja. Tak pernah meluahkan apa-apa. Perasaan itu berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan. Habis SPM maka, perasaan itu juga setakat itu sahaja. Akhirnya setelah 8 tahun menanti, saya pun dah semakin malas untuk terus menanti jawapannya. Macam lagu Elyana, "Kau Atau Aku (Main Tarik Tali)". Tambahan pula, saya dah start nampak dia bergambar dengan perempuan lain dalam Facebook. Makin lama, makin tawar. Jadi, saya bukanlah jenis yang tak setia. Jawapan menyakitkan kepada sebuah penantian.. Bila orang tanya kenapa saya tak pernah bercinta atau "betul, ke" saya tak pernah bercinta? Diorang selalunya takkan percaya atau pandang

Ronda-Ronda Bandar Johor

Image
Hari ni gi jalan-jalan. Saja nak habiskan cuti satu hari ni. Jadi, pergilah jalan City Square. Hari ni hari Khamis tapi macam ramai gila orang. Selalunya hari Rabu dengan weekend je ramai orang. City Square Sempat gak la tengok mamat tu buat ice cream pelik tu. Nampak macam senang je. Tapi memang tak pernah pun mencubanya. Jalan-jalan dalam MPH, jumpa pula buku-buku yang best. Antaranya, "MOVE ON". Macam best je buku tu. Tapi tak belilah. Lagipun bab move on ni, memang entah apa-apa. Saya cakap macam ni sebab saya tak pernah lagi bercinta. Apatah lagi date. Memang tak ada dalam kamus hidup lagi. Kalau setakat tersuka tanpa sengaja tu, memang beberapa kali. Istilah couple pun tak pernah dalam hidup. Semualah. So, move on tu untuk apa, ya? Okeylah. Caption dia berbunyi macam ni.. Dulu saya anggap hidup saya biasa-biasa sahaja, tidak mungkin diuji atau dilambung ombak kehidupan. Namun, ujian Allah petanda sebuah cinta dan rindu buat hamba-Nya, sampai ma

Buku Pilihan Ann Farah

Image
Kebelakangan ni memang saya tak berapa gemar nak baca novel cinta. Member pun dok tanya novel apa yang diorang boleh pinjam. Kalau ada pun, novel-novel tahun sudah. Novel terakhir yang saya beli pun, novel seram, Klong Mai. Itu pun tak habis baca lagi. Klong Mai Klong Mai tu maksud dia peti kayu. Dan novel sebelum novel Klong Mai, novel thriller, Ramlee Awang Murshid. Dan sebelum tu pulak novel thriller juga tapi dari penulis Maya Iris, 'Fugitif' dan 'Konspirasi Suami'. Memang tak ada jiwang karat kat situ. Saya tak rasa member-member saya berkenan dengan novel-novel sebegitu. Jiwa dan fikiran mereka takkan sama dengan saya. Kadang-kadang saya dapat judge orang tu bila setiap hari berpeluang bercakap dengan dia. Itupun, saya malas nak cakap apa-apa. Diagnosis 5 : Preskripsi Saya dah ada kesemua siri kecuali yang first tu. Tak beli lagi. Memang minat gila dengan dunia perubatan sebab apa-apa hal pun, family akan refer kat saya, nak jumpa doktor ke tak ata