Perempuan Melayu Terakhir vs Cinderella
Saya sebenarnya sudah terbiasa menjalankan kehidupan sebagai seorang gadis yang patuh pada ayahnya. Dalam keluarga, boleh dikatakan, saya yang paling rapat dengan ayah berbanding adik lelaki saya yang bongsu. Rasanya kalau boleh pergi sembahyang Jumaat dengan ayah, memang selalu saya pergi kot, hehe. Berjalan dengan ayah, banyak info yang saya dapat tentang pengalamannya dalam hidup. Banyak nasihat berguna yang dikongsikan. Ayah saya pula jenis, kalau dah mula bercakap, dia akan terus bercakap, berkongsi pandangannya tentang apa yang dia tahu. Macam anak perempuannya ini juga. Ada logiknya apa yang dia kongsikan dan cara dia membentuk saya dari kecil sampai besar, tidak seperti kebanyakan ayah yang lain. Dia tidak memaksa. Cara teguran dan nasihatnya halus. Dia seperti, "kalau kau sayang ayah, kau buatlah macam ni dan kau jangan buat yang tu". Dah tentu saya sayang ayah sebab dia satu-satunya ayah di dunia ni yang tak seperti dalam drama Melayu, tak pernah cuba menyakiti sa