Paradigm Mall, Johor Bahru
Cuti jadi saja-saja jalan-jalan pergi mall yang baru dibuka, Paradigm Mall. Khabarnya, dulu Kemayan City, Kemayan City yang banyak menyimpan pelbagai kisah misteri. Boleh baca disini. Entahlah macam mana dia boleh buka Paradigm Mall dalam Kemayan City. Apa-apa pun, first masuk sini, dah rasa lain macam, tempat parkir. Jalannya berpusing-pusing untuk naik ke tingkat atas, tingkat 6 dan 7. Bila malam, memang gelap sikit. Sunyi. Tempat parkir aras 6 Mungkin disebabkan jalan ke tingkat atas parkir tu berpusing-pusing membuatkan saya rasa macam tak stabil sekejap bila masuk saja mall buat pertama kali. (tapi selalunya tak macam tu) Rasa macam melayang-layang nak jatuh tapi saya sihat-sihat saja. Tak rasa pening atau sakit kat mana-mana. Memang perasaan melayang-layang tu sungguh annoying. Nasib baiklah sekejap aje. Lepas tu, dah okey dah. Memang pengalaman ke Paradigm Mall mungkin agak pelik sikit. Driver saya hampir sesat, boleh tersasar sampai ke simpang untuk ke Ulu Cho