Posts

Showing posts from September, 2017

Aeon Mall Bandar Dato' Onn

Image
Masa mula-mula dibuka 7 September lalu, saya datang dengan family. Besar jugalah and landskap dia pun menarik. Tak macam Aeon Tebrau masa dulu-dulu. Tapi, jangan main-main, taman dalam mall konsep Aeon Tebrau sekarang. Ala-ala Japanese gitu. So, kalau nak rasa pengalaman lepak di taman berhawa dingin, Aeon Tebrau menjadi pilihan. Aeon Tebrau dibuka pada tahun 2006. So, kira-kira 10 tahun kemudian, Aeon Bandar Dato' Onn pula dibuka. Ini baru ada kesempatan nak menulis review tentang Aeon Mall Bandar Dato' Onn. Busy saja memanjang. Lagipun, malas nak transfer gambar dari phone ke komputer. Sekadar upload gambar kat Facebook je nak beritahu mereka saya dah sampai masa first day opening. Huhu. Masa ni mendung dan hujan. Gambar di ambil masa dalam kereta. Parking betul-betul penuh tapi nasib baiklah ada sebuah kereta ni nak keluar. Memang nasib baiklah time tu. Ramai juga orang pergi. Nasib baiklah bukan hujung minggu. Hari Khamis masa ni. Dari Tebrau tu rasa macam ambi

Lepak-Lepak Di Taman Tasik Pelangi Indah

Image
Sekali sekala, saya gemar ke tasik untuk mencari ketenangan. Bosan juga asyik pergi shopping mall. Lagipun, saya memang jenis yang tak berapa gemar nak shopping. Beli baju pun tak selalu. Tak minat habiskan duit untuk beg tangan atau kasut. Lebih banyak beli buku, membaca. Tenang dan damai saja rasanya berada di Taman Tasik Pelangi Indah. Pemandangan yang cantik. Indahnya ciptaan Tuhan. Sukakan kehijauan alam dan unsur air. Masa ni bolehlah bawa sketch book ke atau buku nota untuk catat apa-apa idea untuk menulis. Sebagai seorang novelis, suasana sebegini sangat membantu. Selalunya petang, akan ada orang berjoging. Jadi, taklah sunyi sangat. Nak picnic pun boleh. Memang besar kawasan ni. Dikatakan, taman ini adalah taman buatan. Taman ini memang dijaga. Kadang-kadang, ada juga orang buat photoshoot kat sini. Kadang-kadang pasangan pengantin Melayu, lengkap berbaju kebaya moden dan baju Melayu dengan tanjak dan keris tersisip di pinggang. Ini kira bertuahlah ke tasik